LATIHAN PEMAHAMAN INTEGRITI
151. Berdasarkan gambar/karikatur di bawah, prinsip manakah di dalam Kod Etika Kontraktor yang gagal dipatuhi oleh pekerja tersebut ?

A. Prinsip 5 : Kepentingan Keselamatan, Kesihatan Dan Kebajikan
B.Prinsip 1 : Jujur Melaksanakan Tanggungjawab
C. Prinsip 3 : Penghormatan kepada Individu Dan Masyarakat
152. Memberikan keutamaan kepada aspek keselamatan dan kesihatan tempat kerja serta kawasan persekitaran supaya kerja pembinaan dan hasilnya tidak membahayakan kepada mana-mana individu yang mempunyai hubungkait dengan perlaksanaan kerja pembinaan, masyarakat sekeliling tapak pembinaan dan sebagainya.
Penyataan di atas menerangkan prinsip etika atau pengamalan murni kontraktor . Prinsip manakah yang sesuai dengan penyataan di atas.
A. Prinsip 2 – Pematuhan Peraturan dan Undang-Undang
B.Prinsip 3 – Penghormatan Kepada Individu Dan Masyarakat
C. Prinsip 5 – Kepentingan Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan.
153. Semua kontraktor hendaklah mempunyai nilai etika dan amalan murni seperti di dalam Prinsip 5 Kod Etika Kontraktor. Apakah nilai-nilai tersebut ?
i. Memberi keutamaan kepada aspek keselamatan dan kesihatan tempat kerja serta kawasan persekitaran supaya tidak mendatangkan risiko kepada pekerja dan orang awam.
ii. Mengutamakan kebajikan pekerja mengikut bangsa dan agama.
iii. Sentiasa menjaga kebajikan pekerja sepanjang perkhidmatan.
A. i dan ii sahaja
B. i dan iii sahaja
C. ii dan iii sahaja
154. Kontraktor hendaklah menyediakan kemudahan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) kepada pekerja sebagaimana yang digariskan didalam Prinsip 5, apakah PPE asas yang perlu disediakan?
i. Sudu dan garfu
ii. Topi keselamatan
iii. Kasut Keselamatan
A. i dan ii sahaja
B.i dan iii sahaja
C. ii dan iii sahaja
155. Kontraktor Pribumi Sdn Bhd telah di dakwa oleh Jabatan Tenaga Kerja Kuala Lumpur atas kesalahan-kesalahan seperti berikut :
i. Tidak menyediakan kemudahan tempat tinggal seperti akujanji yang telah dibuat.
ii. Pembayaran gaji di bawah tahap gaji minima.
Berdasarkan kesalahan di atas, kontraktor berkenaan tidak mengamal prinsip sebagaimana yang telah digariskan di dalam Kod Etika Kontraktor
A. Prinsip 5 Kepentingan Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan.
B.Prinsip 3 Penghormatan kepada individu dan masyarakat.
C. Prinsip 6 Kepentingan Pemeliharaan Alam Sekitar.
156. Berdasarkan Prinsip 5: Kepentingan Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan, apakah nilai integriti yang perlu ada pada setiap kontraktor?
A. Kontraktor hendaklah sentiasa memberi keutamaan kepada aspek keselamatan dan kesihatan ditempat kerja dan kawasan persekitaran.
B.Tidak menyediakan maklumat, notis, papan tanda dan latihan berkaitan keselamatan dan kesihatan kepada pekerja.
C. Membiarkan keadaan di tapak pembinaan tanpa susun atur yang baik.
157. Syarikat Pembinaan Hazlan Sdn Bhd berhasrat untuk menggajikan pekerja asing. Apakah tanggungjawab syarikat kepada pekerja asing tersebut.
i. Memastikan semua pekerja mematuhi peraturan-peraturan kemasukan dan penggajian pekerja asing.
ii. Berdaftar sebagai Personel Binaan dengan CIDB Malaysia.
iii. Tidak menyediakan kemudahan penginapan.
A. i dan ii sahaja
B.i dan iii sahaja
C. Semua di atas
158. Nilai-nilai intergriti yang perlu ada pada setiap kontraktor ialah memastikan setiap pekerja di bawah tanggungjawabnya memperolehi perkara berikut
i. Tiada risiko kepada kesihatan dan kecederaan kepada pekerja.
ii. Menyediakan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang lengkap dan bersesuaian.
iii. Menjaga kebajikan pekerja.
A. i dan ii sahaja
B. ii dan iii sahaja
C. Semua di atas
159. Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh setiap kontraktor semasa melaksanakan projek pembinaan ialah.
A. Mengamalkan diskiriminasi ke atas pekerja berasaskan kaum, umur, jantina, negeri dan negara asal.
B. Memastikan keadaan di tapak projek pembinaan tidak membahayakan pekerja dan orang awam disekitaran.
C. Membiarkan projek pembinaan tanpa kawalan dan pengawasan keselamatan dan kesihatan.
160. Setiap kontraktor di Malaysia adalah bertanggungjawab untuk memelihara alam sekitar. Prinsip-prinsip berikut menunjukkan kefahaman anda tentang kepentingan menjaga alam sekitar KECUALI
i. Tiada amalan penjagaan alam sekitar sebagaimana peraturan daripada agensi bertanggungjawab.
ii. Aktiviti-aktiviti yang boleh merosakkan alam sekitar tidak dikawal selia.
iii. Menyediakan perancangan atau polisi penjagaan alam sekitar.
A. i dan ii sahaja
B.ii dan iii sahaja
C. Semua di atas
161. Setiap kontraktor di Malaysia adalah bertanggungjawab untuk memelihara alam sekitar. Prinsip-prinsip berikut menunjukkan kefahaman anda tentang kepentingan menjaga alam sekitar :
i. Melaksanakan kerja dengan penuh pengawasan terhadap alam sekitar.
ii. Mematuhi semua prosedur berkaitan alam sekitar seperti yang ditetapkan agensi kerajaan berkaitan.
iii. Melupuskan lebihan bahan binaan secara sistematik dan bertanggungjawab.
A. i dan ii sahaja
B.ii dan iii sahaja
C. Semua di atas
162. Prinsip 6 Kod Etika Kontraktor mengkehendaki kontraktor meletakkan Kepentingan Pemeliharaan Alam Sekitar sebagai amalan. Nyatakan pemahaman anda terhadap amalan tersebut :
i. Melaksanakan kerja pembinaan dengan penuh pengawasan terhadap alam sekitar
ii. Mematuhi semua prosedur, garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan agensi kerajaan yang bertanggungjawab
iii. Menyediakan polisi dalaman syarikat mengenai prinsip pemeliharaan alam sekitar
A. i dan ii sahaja
B.ii dan iii sahaja
C. Semua di atas
163. Berikut ialah tanggungjawab kontraktor dalam memastikan kepentingan pemeliharaan alam sekitar KECUALI
A. Tidak Mematuhi Dasar Alam Sekitar Negara.
B.Mengelakkan pembaziran sumber asli.
C. Melupuskan lebihan bahan binaan secara bertanggungjawab mengikut ketetapan yang sewajarnya.
164. Kejadian di bawah boleh dihindarkan sekiranya kontraktor berintegriti dan melaksanakan sepenuhnya kerja-kerja pembinaannya dengan pengawasan terhadap alam persekitaran dengan mematuhi semua prosedur yang telah ditetapkan. Prinsip manakah yang sesuai dengan gambaran di atas?

A. Prinsip 5 Kepentingan Keselamatan ,Kesihatan dan Kebajikan.
B.Prinsip 2 Pematuhan Peraturan dan Undang-Undang.
C. Prinsip 6 Kepentingan Pemeliharaan Alam Sekitar.
165. Sekiranya semua kontraktor melaksanakan sepenuhnya Prinsip 6 iaitu Kepentingan Pemeliharaan Alam Sekitar, perkara-perkara seperti berikut dapat dielakkan dari berlaku;
i. Banjir kilat
ii. Pelupusan bahan binaan tidak sistematik.
iii. Pembaziran sumber asli.
A. i dan ii sahaja
B.i dan iii sahaja
C. Semua di atas
166. Kenyataan dibawah adalah berkenaan Dasar Alam Sekitar Negara yang bersesuaian dengan amalan yang perlu diterapkan melalui Prinsip 6 iaitu Kepentingan Pemeliharaan Alam Sekitar.
A. Pelupusan lebihan bahan binaan tidak dilaksanakan mengikut kaedah yang betul bagi mengelak kerugian kepada syarikat.
B. Menggunakan kaedah dan teknologi pembinaan terbaik yang boleh diamalkan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.
C. Tidak menyediakan dasar yang menyokong kawalan pencemaran alam sekitar.
167. Apakah penekanan-penekanan khas yang boleh dilaksanakan kontraktor untuk menjaga kepentingan pemeliharaan alam sekitar?
i. Menyediakan perancangan khusus kawalan pencemaran mengikut setiap projek pembinaan yang dilaksanakan.
ii. Menerapkan nilai-nilai murni berkenaan pemeliharaan alam sekitar kepada semua personel-personel binaan di bawah kawalan.
iii. Meningkatkan inovasi di dalam kaedah pembinaan.
A. i dan ii sahaja
B.i dan iii sahaja
C. Semua di atas
168. Prinsip 6 Kod Etika Kontraktor adalah berkenaan Kepentingan Pemeliharaan Alam Sekitar sebagai amalan kepada semua kontraktor. Kenyataan manakah yang lebih sesuai dengan prinsip tersebut?
A. Melaksanakan kerja pembinaan dengan penuh pengawasan terhadap alam sekitar.
B.Keuntungan syarikat diutamakan. Tiada keperluan kepada syarikat untuk mematuhi semua prosedur, garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan agensi kerajaan yang bertanggungjawab.
C. Tiada keperluan kepada syarikat untuk menyediakan polisi dalaman mengenai prinsip pemeliharaan alam sekitar.
169. Sila pilih penyataan yang SALAH berkaitan integriti?
I. Integriti adalah satu isu rasuah.
II. Rasuah adalah satu isu integriti.
III. Integriti dan rasuah tiada kaitan.
IV. Kemerosotan integriti tidak menjejaskan negara.
A. I, II, dan III
B. I , III dan IV
C. I, II dan IV
D. Semua di atas
170. Kontraktor yang berintegriti akan memperolehi
A. Kepercayaan dan keyakinan daripada klien
B.Kritikan negatif oleh pihak awam/masyarakat
C. Projek yang tidak berkualiti dan mencemarkan alam sekitar
D. Kos projek meningkat
171. Kenyataan di bawah menunjukkan bahawa integriti boleh menaikkan reputasi kontraktor KECUALI
A. Kontraktor yang sentiasa memastikan amalan keselamatan di utamakan dan tiada risiko kesihatan kepada setiap pekerja
B.Kontraktor mempunyai nilai perilaku yang tinggi, mematuhi semua peraturan, amalan dan garis panduan yang disediakan
C. Kontraktor yang sentiasa mengutamakan keuntungan yang melampau
D. Sentiasa mematuhi kod etika kontraktor dan piawaian (standard) yang disediakan oleh CIDB
172. Tindakan-tindakan berikut mencerminkan kontraktor yang TIDAK berintegriti. Antara tindakan tersebut adalah:
i. Menjalankan kerja-kerja pembinaan tanpa mendaftarkan syarikat kontraktor tersebut dengan CIDB
ii. Tidak meletakkan kon keselamatan secara sistematik dan mematuhi peraturan pengurusan trafik semasa membaiki jalan.
iii. Meletakkan kon keselamatan secara sistematik dan mematuhi peraturan pengrusan trafik semasa membaiki jalan
A. i dan ii
B.i dan iii
C. ii dan iii
D. Semua di atas
173. Gaya hidup mewah (melebihi pendapatan) bagi kakitangan syarikat yang berisiko tinggi boleh dipantau melalui
A. Pengisytiharan harta.
B.Pemotongan cukai pendapatan.
C. Pembayaran hutang syarikat.
D. Pemotongan zakat.
174. Semua bahan atau produk binaan yang tersenarai di dalam Jadual 4, Akta CIDB (Pindaan 2011), diwajibkan memperolehi __________ daripada CIDB.
A. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)
B. Perakuan Pematuhan Standard (PPS)
C. Perakuan Kecekapan Pengurusan (PKP)
175. Apakah tanggungjawab kontraktor terhadap kepentingan kualiti yang bersesuaian dengan Prinsip 4 : Kepentingan Kualiti, Kemahiran Dan Piawaian?
A. Menerima projek pembinaan di luar keupayaan kepakaran serta kewangan.
B. Menyelesai dan menyempurnakan projek pembinaan menurut amalan standard industri pembinaan yang diterima oleh semua pihak.
C. Melantik pembekal atau sub-kontraktor yang berkepentingan untuk melaksanakan projek
176. Peranan SPRM hanya menjalankan siasatan, keputusan untuk menuduh atau tidak dibuat oleh Peguam Negara, manakala ………………………… membuat keputusan sama ada tertuduh bersalah atau tidak. (isi tempat kosong)
A. CIDB
B. Mahkamah
C. Institut Integriti Malaysia.
177. Dalam peruntukan baharu Seksyen 17A Akta SPRM 2009, organisasi boleh didakwa sekiranya pegawai mereka melakukan rasuah yang memberi faedah kiepada organisasi komersil terbabit. Maksud orgnisasi komersil adalah:
A. Syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016
B.Perniagaan perkongsian yang didaftarkan di bawah Akta Perkongsian 1961
C. Semua di atas
178. Apabila rasuah dilakukan oleh pegawai dan kakitangan, syarikat boleh terlepas daripada pendakwaan sekira dibuktikan usaha mencukupi dalam mencegah rasuah ditelah dilaksanakan. Antara bentuk usaha pencegahan rasuah adalah
A. Merangka polisi antirasuah dan tadbir urus baik
B.Melaksanakan program kesedaran antirasuah
C. Semua di atas
179. CEO syarikat ABC mengarahkan pegawainya untuk memberi rasuah kepada pegawai perolehan sebuah syarikat GLC. Tujuannya bagi memenangi satu projek. Apakah kesan tindakan CEO tersebut ke atas syarikat ABC?
A. Hanya pegawai yang memberi rasuah sahaja akan didakwa.
B.CEO sahaja yang boleh didakwa kerana rasuah.
C. Syarikat, CEO dan pegawai terbabit boleh didakwa atas kesalahan rasuah.
180. Apa tujuan undang-undang berkaitan kesalahan rasuah oleh organisasi komersial diperkenalkan?
A. Menggalakkan syarikat melakukan kerja amal
B.Memastikan tiada pergaduhan sesama pegawai dalam syarikat
C. Menggalakkan organisasi komersial melaksanakan langkah pencegahan rasuah dalam organisasi.
181. Arman, pegawai syarikat Mama Mia Sdn. Bhd. telah memberi rasuah RM10,000 kepada pegawai perolehan agensi kerajaan untuk mendapatkan kontrak penyelenggaraan pejabat. Apakah hukuman yang boleh dikenakan ke atas syarikat Mama Mia Sdn. Bhd. akibat perbuatan Arman?
A. Syarikat Mama Mia Sdn. Bhd. tidak dikenakan apa-apa hukuman kerana perbuatan Arman..
B. Syarikat Mama Mia Sdn. Bhd. boleh denda RM1 juta
C. Syarikat Mama Mia Sdn. Bhd. boleh ditutup
182. Seksyen 17A Akta SPRM 2009 memperuntukan kesalahan rasuah oleh organisasi komersial. Menurut peruntukan ini, kesalahan berlaku apabila Pegawai atau kakaitangan organisasi komersial
A. Meminta atau menerima rasuah untuk memberi projek kepada pihak lain.
B. Menawar atau memberi rasuah untuk mendapat projek atau faedah kepada organisasi komersial terbabit.
C. Mengugut mana-mana pihak bagi memperoleh projek atau faedah kepada organisasi komersial.
184. Seksyen 17A Akta SPRM 2009 memperuntukan kesalahan rasuah oleh organisasi komersial. Kesalahan ini turut dikenali sebagai:
A. Strict Liability
B. Corporate liability
C. Limited Liability
184. Seksyen 17A Akta SPRM 2009 memperuntukkan ….
A. kesalahan rasuah oleh organisasi komersial
B.kesalahan ugut oleh organisasi komersial
C. kesalahan pecah amanah oleh organisasi komersial
185. Pernyataan yang berikut menunjukkan kesalahan tuntutan palsu di bawah ASPRM 2009 kecuali:
A. Telah mengemukakan tuntutan bayaran ke atas suatu projek tetapi projek berkenaan tidak dilaksanakan.
B.Sepatutnya membekalkan kamera digital SLR kepada Agensi X tetapi B hanya membekalkan kamera digital biasa namun membuat tuntutan bayaran harga sebuah kamera digital SLR.
C. Mengetahui jumlah barangan yang dibekalkan tidak mengikut spesifikasi telah bertindak untuk tidak membuat pengesahan penerimaan barang melalui tandatangan beliau.
186. Sekiranya didakwa kerana rasuah, syarikat dan individu terlibat boleh dihukum:.
A. Denda 10 kali nilai suapan, minimum RM1 juta; atau penjara sehingga 20 tahun; atau kedua-dua sekali..
B.Denda 5 kali nilai suapan, minimum RM1 juta; atau penjara sehingga 10 tahun; atau kedua-dua sekali..
C. Syarikat yang terlibat diarahkan untuk ditutup.
187. Kenyataan manakah TIDAK BENAR.
A. Rasuah boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja sama ada pegawai kerajaan, swasta atau orang awam.
B. Hanya pegawai kerajaan sahaja yang boleh ditangkap kerana melakukan kesalahan rasuah.
C. Sesiapa sahaja yang melakukan rasuah boleh ditangkap oleh SPRM.
D. Semua kenyataan adalah benar.
188. Sikap jujur dalam melaksanakan tanggungjawab bagi kontraktor adalah seperti
. Tidak mengambil kesempatan terhadap klien
B. Menyiapkan kerja pembinaan mengikut spesifikasi
C. Gagal menjelaskan pembayaran terhadap sub-kontraktor yang dilantik
189. Hadiah boleh menjadi rasuah1. Yang manakah antara berikut kesalahan salah guna kedudukan oleh penjawat awam?
A.Syarikat Weng Sing Sdn. Bhd. memberikan projek penyelenggaran komputer kepada anak syarikatnya iaitu syarikat Weng Weng Sdn. Bhd.
B. Pengarah Pengurusan Kementerian AAAA melantik syarikat anaknya untuk membuat ubah suai pejabatnya.
C. Pengarah Jabatan XXXX telah tersalah pilih syarikat yang akhirnya menyebabkan projek tidak dapat disiapkan.
D. Pegawai kerajaan yang membuat kerja luar tanpa kebenaran pegawai atasannya.
