LATIHAN PEMAHAMAN INTEGRITI
41. Menurut Prinsip T.R.U.S.T., syarikat wajar melaksanakankan penilaian dan penambahbaikan secara berterusan ke atas perkara-perkara seperti berikut, KECUALI:
A. Prosedur penerimaan dan pemberian hadiah.
B.Prosedur kewangan.
C. Profil syarikat.
D. Prosedur perolehan.
42. Garis Panduan Tatacara Mencukupi dikeluarkan oleh ?
A. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
B.Kementerian Kerja Raya (KKR).
C. Jabatan Perdana Menteri.
D. Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
43. Liabiliti korporat tidak menjejaskan syarikat bilamana…
A. Memenuhi Tatacara Mencukupi.
B.Kakitangan menerima rasuah.
C. Tidak berlaku pembiaran.
D. Kakitangan membuat tuntutan palsu.
44. Apakah yang dimaksudkan dengan Prinsip R dalam T.R.U.S.T
A. Risk Assessment.
B.Risk Assurance.
C. Risk Apetite.
D. Risk Tolerance.
45. Apakah yang dimaksudkan dengan Prinsip U dalam T.R.U.S.T
A. Undertable Arrangement.
B. Undertake Control Measure.
C. Under Supervision.
D. Under Control Situation Management.
46. Dalam memenuhi keperluan mematuhi Prinsip T.R.U.S.T, syarikat boleh melaksanakan aktiviti/program seperti berikut MELAINKAN
A. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
B.Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)
C. Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC)
D. Institut Integriti Malaysia (IIM)
47. Apakah agensi yang bertanggungjawab membanteras rasuah?
A. SPRM
B.
C.
D.
48. Berikut adalah bidang kuasa SPRM KECUALI…
A. Menyiasat kes rasuah.
B.Menerima maklumat berkaitan rasuah.
C. Mendakwa kes rasuah di mahkamah.
D. Menasihat agensi untuk memperbaiki sistem dan prosedur yang boleh membuka ruang kepada rasuah.
49. Bilakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ditubuhkan dan mula beroperasi?
A. 1 Januari 2007
B.1 Januari 2008
C. 1 Januari 2009
D. 1 Januari 2010
50. Akta yang memperuntukkan kesalahan-kesalahan rasuah adalah…
A. Akta Integriti 2010
B.Akta Perlindungan Pemberi Rasuah 2009
C. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
D. Akta Tolak Rasuah 2008
51. Yang manakah antara berikut BUKAN kesan dan akibat perbuatan rasuah.
A. Meningkatkan pendapatan dan ekonomi seseorang.
B.Meningkatkan harga barang.
C. Menyebabkan harta yang diperoleh daripada rasuah disita dan dirampas. D. Didenda dan dipenjara.
52. Kenyataan manakah yang SALAH
A. SPRM menjalankan siasatan kes rasuah.
B.Jabatan Peguam Negara membuat pendakwaan kes rasuah.
C. Mahkamah membuat pengadilan/penghakiman.
D. CIDB menjatuhkan hukuman kepada kontraktor yang terlibat rasuah.
53. Terdapat __ badan bebas yang memantau SPRM dalam melaksanakan tugasnya.
A. dua
B.tiga
C. empat
D. lima
54. 134 Ahli badan bebas yang memantau SPRM terdiri daripada….
A. wakil parti kerajaan dan pembangkang.
B. Tokoh-tokoh utama dalam bidang perundangan, swasta, perniagaan, media, NGO, akademik bekas pegawai tinggi kerajaan.
C. Mereka yang mempunyai integriti yang tinggi.S
D. Semua di atas.
55. Kenyataan berikut adalah benar mengenai badan bebas yang memantau SPRM KECUALI.
A. Badan bebas ini memastikan SPRM menjalankan tugas secara bebas, telus dan profesional.
B.Badan bebas ini memastikan tiada kes yang disembunyikan SPRM dan tiada kes ditutup secara senyap-senyap.
C. Badan bebas ini mesti mengikut arahan Perdana Menteri dalam menasihati SPRM.
D. SPRM adalah satu-satunya agensi di dunia yang mempunyai lima badan pemantau yang bebas.
56. Rasuah merupakan yang wajib dibanteras.
A. masalah sosial
B. jenayah berat
C. jenayah ringan
D. hobi
57. Di Malaysia, rasuah juga dikenali sebagai ….
A. Rusuk dipukul
B.Kopi kaw
C. Kaw tim
D. Kueteow
58. Selain wang tunai, rasuah boleh jadi dalam pelbagai bentuk berikut KECUALI:
A. Jawatan
B.Bonus
C. Sedekah ikhlas.
D. Perkhidmatan.
59. Rasuah ditakrifkan sebagai perbuatan memberi atau menerima suapan sebagai upah bagi melakukan suatu perbuatan …
A. yang diarahkan oleh seseorang kerana terpaksa.
B. yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas seseorang itu.
C. yang dilakukan kerana di bayar upah.
D. yang dilakukan kerana diarahkan oleh Ketuanya.
60. Apakah Jenis-jenis kesalahan rasuah yang utama mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009?
A. Menerima dan Memberi rasuah.
B.Mengemukakan tuntutan palsu.
C. Salah guna kedudukan oleh pegawai awam.
D. Semua di atas.
61. Apakah hukuman bagi kesalahan rasuah?
A. Dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun DAN didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai rasuah, atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.
B.Dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun ATAU didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai rasuah atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.
C. Dipenjarakan tidak melebihi 5 tahun DAN didenda tidak kurang daripada dua kali ganda nilai rasuah atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.
D. Dipenjarakan tidak melebihi 5 tahun ATAU didenda tidak kurang daripada dua kali ganda nilai rasuah atau RM10,000, mana yang lebih tinggi
62. Radhi, seorang kontraktor telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana memberi rasuah RM20,000 kepada seorang pegawai kerajaan bertujuan mempercepatkan bayaran kemajuan. Selain boleh dipenjara maksimum 20 tahun, berapakah jumlah DENDA yang beliau perlu bayar?
A. RM100,000.
B.RM20,000
C. RM40,000
D. RM60,000.
63. Rasuah di sektor pembinaan mungkin berlaku jika wujud keadaan berikut:
A. Nilai yang dibayar melebihi jumlah sebenar kerja di tapak.
B.Mengesyorkan pembayaran bagi kerja yang gagal.
C. Sengaja tidak mengesahkan tuntutan bayaran bagi kerja yang telah siap.
D. Semua di atas
64. Hadiah boleh menjadi rasuah kerana sebab berikut KECUALI
A. Pemberi dan penerima hadiah mempunyai hubungan kerja (rasmi).
B.Pemberian hadiah akan mempengaruhi keputusan yang akan dibuat oleh si penerima.
C. Nilai hadiah tidak setimpal dengan maksud hadiah diberi.
D. Hadiah sempena harijadi yang mana pemberi dan penerima tiada hubungan kerja.
65. Hasil yang diperoleh daripada perbuatan rasuah…
A. boleh menjadi kesalahan pengubahan wang haram sekiranya dibuat urusniaga atau transaksi.
B.boleh digunakan tanpa sebarang masalah.
C. tidak boleh disita oleh SPRM.
D. tidak boleh diambil apa-apa tindakan undang-undang.
66. Apakah dimaksudkan dengan kesalahan meminta atau menerima rasuah?
A. Mana-mana orang memberi rasuah untuk melakukan sesuatu perkara yang melanggar peraturan.
B. Mana-mana orang meminta atau menerima rasuah sebagai balasan untuk melakukan sesuatu perkara yang melanggar peraturan.
C. Mana-mana orang mengemukakan tuntutan yang tidak benar.
D. Perbuatan penjawat awam menerima hadiah daripada orang awam.
67. Apakah dimaksudkan dengan kesalahan menawarkan dan memberi rasuah?.
A. Mana-mana orang memberi hadiah sempena harijadi kepada anak yatim.
B. Mana-mana orang menawar/memberi rasuah kepada seorang ejen/pegawai awam sebagai balasan untuk melakukan sesuatu perkara berkaitan tugas ejen/pegawai awam tersebut.
C. Mana-mana orang menerima rasuah untuk melakukan sesuatu perkara yang melanggar peraturan.
D. Perbuatan pegawai awam yang selalu memberi hadiah dalam sesuatu majlis.
68. Apakah yang dimaksudkan dengan kesalahan mengemukakan tuntutan palsu?
A. Mana-mana orang memberi hadiah sempena harijadi kepada anak yatim.
B.Mana-mana orang menawar/memberi rasuah kepada seorang ejen/pegawai awam sebagai balasan untuk melakukan sesuatu perkara berkaitan tugas ejen/pegawai awam tersebut.
C. Mana-mana orang menerima rasuah untuk melakukan sesuatu perkara yang melanggar peraturan.
D. Perbuatan pegawai awam yang selalu memberi hadiah dalam sesuatu majlis.
69. Adakah kontraktor BOLEH memberikan hadiah kepada pegawai awam yang telah terlibat melantik syarikatnya dalam sesuatu projek.
A. Boleh
B.Tidak masalah.
C. Tidak boleh.
D. Boleh dengan syarat.
70. Kontraktor A amat berpuas hati dengan perkhidmatan seorang pegawai kerajaan yang menguruskan perolehan. Apakah bentuk ’hadiah’ yang paling sesuai diberikan sebagai tanda penghargaan?
A. Hadiah jam Rolex.
B.Memberi hamper.
C. Belanja makan di hotel mewah.
D. Menghantar surat penghargaan kepada pegawai atau jabatan di mana pegawai itu bertugas.
71. Kontraktor yang diminta rasuah daripada pegawai kerajaan mesti….
A. tidak memberikan rasuah yang diminta.
B. melaporkan permintaan rasuah kepada SPRM.
C. Redha dan tidak berbuat apa-apa.
D. memberikan rasuah kepada pegawai awam tersebut.
72. Bagaimana kontraktor boleh melaporkan sesuatu perbuatan rasuah?
A. Datang sendiri ke pejabat SPRM.
B.Menghantar surat kepada SPRM.
C. Membuat aduan melalui Complaint Management System (CMS).
D. Semua di atas.
73. Anda telah diminta wang rasuah oleh pegawai yang menguruskan perolehan. Anda tidak melaporkan permintaan rasuah tersebut. Apakah anda telah melakukan kesalahan?
A. Tindakan yang bagus dan tiada apa-apa kesalahan dilakukan.
B. Telah melakukan satu jenayah. Boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
C. Perbuatan tersebut hanya tidak beretika sahaja.
D. Hanya boleh didenda sahaja.
74. Sekiranya anda melaporkan rasuah secara senyap-senyap kepada SPRM, apakah bentuk perlindungan yang diberikan.
A. Tiada perlindungan langsung.
B. Jaminan bahawa identiti anda tidak diketahui walaupun di mahkamah.
C. Akan dilindungi sekiranya ada membuat bayaran tertentu kepada SPRM. D. Dilindungi daripada sebarang masalah kewangan.
75. Ah Hung telah melaporkan perbuatan rasuah majikan secara senyap-senyap kepada SPRM. Entah bagaimana, majikannya tahu tindakan Ah Hung. Ah Hung seterusnya telah dibuang kerja. Adakah Ah Hung boleh dilindungi?
A. Boleh dilindungi dan beliau mesti melaporkan segera kepada SPRM.
B.Tidak boleh dilindungi kerana tiada perlindungan apabila beliau dibuang kerja.
C. Tidak layak dilindungi kerana Ah Hung bukan pegawai kerajaan.
D. Boleh dilindungi tetapi Ah Hung mesti membuat bayaran tertentu kepada SPRM.
76. Sekiranya anda hendak melaporkan jenayah rasuah, apakah maklumat yang perlu diberikan kepada SPRM?
A. Tarikh dan masa kejadian.
B.Siapa dan bagaimana beliau terlibat.
C. Dokumen-dokumen yang terlibat.
D. Semua di atas.
77. Bolehkah anda melaporkan jenayah rasuah yang sudah lama berlaku?
A. Boleh
B.Tidak boleh.
C. Lupakan saja.
D. Boleh bersyarat.
78. Berikut merupakan antara inisiatif-inisiatif kerajaan dalam membanteras rasuah KECUALI:
A. Mewujudkan mahkamah khas rasuah.
B.Penubuhan Unit Integriti di agensi kerajaan
C. Menangkap orang disyaki rasuah tanpa usul periksa.
D. Mewujudkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
79. Yang manakah antara berikut kesalahan memberi rasuah?
A. Seorang kontraktor memberikan upah kepada anaknya kerana membantu mencuci kereta mewahnya
B.Seorang kontraktor menghadiahkan kepada rakan baiknya jam tangan Rolex sempena harijadinya.
C. Kontraktor memberikan surat penghargaan kepada pengarah pengurusan sebuah jabatan kerajaan kerana berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
D. Kontraktor memberikan set golf Mizuno kepada pegawai perolehan sebagai habuan membantu mendapat projek.
80. Yang manakah antara berikut kesalahan menerima rasuah?
A. Pengarah urusan kontraktor utama (main contractor) menerima bayaran 1% daripada harga projek daripada sub-kontraktor. Tujuannya sebagai upah membantu mendapatkan projek tersebut.
B.Kontraktor A menerima hadiah sebuah kereta Mini Cooper daripada kontraktor B yang merupakan jiran serta kawan baiknya. Hadiah diberi sempena perkahwinan dengan isteri ketiganya.
C. Seorang kontraktor menerima habuan RM1 juta selepas memenangi pertandingan ’One Million Money Drop’.
D. Pengarah urusan kontraktor utama menerima bayaran bonus dua bulan gaji kerana berjaya menangkap akauntannya yang terlibat rasuah.
81. Yang manakah antara berikut kesalahan mengemukakan tuntutan palsu?
A. Pengarah urusan kontraktor utama (main contractor) menerima bayaran 1% daripada harga projek daripada sub-kontraktor. Tujuannya sebagai upah membantu mendapatkan projek tersebut.
B.Kontraktor A menerima hadiah sebuah kereta Mini Cooper daripada kontraktor B yang merupakan jiran serta kawan baiknya. Hadiah diberi sempena perkahwinan dengan isteri ketiganya.
C. Seorang kontraktor menerima habuan RM1 juta selepas memenangi pertandingan ’One Million Money Drop’.
D. Pengarah urusan kontraktor utama menerima bayaran bonus dua bulan gaji kerana berjaya menangkap akauntannya yang terlibat rasuah.
82. Sebagai kontraktor anda mendapati kerja-kerja pembaikan yang dilaksanakan pekerja-pekerja anda tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.Tindakan anda ialah:
A. Melakukan pembaikan dan apa-apa tindakan yang perlu sebelum tuntutan bayaran dikemukakan supaya kerja-kerja itu dilaksanakan mengikut spesifikasi.
B.Mengemukakan tuntutan bayaran kerja dan kemudian baru membuat pembaikan.
C. Mengemukakan tuntutan tanpa membuat pembaikan.
83. Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bertujuan untuk
A. Menggalakkan masyarakat membuat spekulasi.
B.Menggalakkan masyarakat menangkap penjenayah rasuah sendiri.
C. Menggalakkan masyarakat menfitnah mereka yang tidak disukai dengan tuduhan rasuah.
D. Menggalakkan masyarakat tampil membuat pendedahan jenayah rasuah.
84. Kenyataan manakah TIDAK BENAR mengenai perlindungan kepada pemberi maklumat?
A. Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.
B.Pemberi maklumat tidak boleh dikenakan sebarang tindakan saman, tatatertib atau dibuang kerja kerana tindakan mendedahkan perbuatan jenayah.
C. Identiti pemberi maklumat akan didedahkan di mahkamah sahaja.
D. Orang yang mengambil tindakan sehingga memudaratkan pemberi maklumat adalah melakukan kesalahan jenayah.
85. Kenyataan manakah TIDAK BENAR mengenai perlindungan kepada pemberi saksi?
A. SPRM akan sentiasa melindungan orang yang menjadi saksi kepada sesuatu kes rasuah.
B.SPRM tidak mengambil peduli ancaman-ancaman yang dialami oleh saksi-saksinya.
C. Saksi kes rasuah yang terancam mesti membuat laporan kepada CIDB.
D. Saksi yang terancam boleh memohon identiti ditukar dan berpindah ke tempat yang tiada orang mengenali beliau.
86. Mengapa SPRM tiada kuasa untuk mendakwa?
A. Undang-undang memperuntukkan kuasa pendakwaan kepada Peguam Negara.
B. Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa pendakwaan kepada Peguam Negara.
C. Akta SPRM memperuntukkan kuasa pendakwaan kepada Peguam Negara.
D. Akta SPRM tidak memperuntukkan kuasa pendakwaan kepada pegawai SPRM.
87. Bagi mewujudkan masyarakat yang bebas rasuah, masyarakat perlu ….
A. Membiarkan SPRM melaksanakan tugasnya sendiri.
B.Bertindak sendiri menangkap perasuah.
C. Bersembang di kedai kopi mengenai masalah rasuah di negara kita.
D. Bekerjasama dengan SPRM dan memberi sokongan padu kepada SPRM dalam membanteras jenayah rasuah.
88. Berikut merupakan fungsi SPRM melainkan:
A. Menyiasat kes-kes salah laku pentadbiran penjawat awam
B. Mendidik masyarakat supaya memerangi perbuatan rasuah
C. Menasihati ketua-ketua badan awam tentang perubahan amalan dan sistem prosedur untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah
89. Fakta yang berikut tidak benar mengenai SPRM kecuali:
A. SPRM berhak menyiasat semua kes jenayah
B. SPRM mempunyai 5 badan bebas yang memantau fungsi dan operasi SPRM
C. SPRM diketuai oleh seorang Ketua Pesuruhjaya yang dilantik Perdana Menteri Malaysia
90. Anda boleh melaporkan perbuatan rasuah melalui kaedah yang berikut kecuali:
A. Membuat laporan melalui pesanan ringkas 019-6000696
B. Membuat laporan dan memberi maklumat melalui aplikasi Whatsapp dan Wee Chat
C. Membuat laporan dengan berjumpa dengan pegawai SPRM sendiri
91. Sebagai kontraktor anda dilarang untuk :
A. Memberikan hadiah kepada seorang penjawat awam yang ada hubungan rasmi dengan beliau.
B.Menziarah seorang penjawat awam semasa sambutan hari perayaan.
C. Menziarah seorang penjawat awam semasa sambutan hari perayaan.
92. Di dalam sektor pembinaan bentuk rasuah yang diberikan adalah dalam bentuk berikut kecuali:
A. Tuntutan palsu.
B.‘Facilitation payments’
C. Kertas kerja projek
93. Kesalahan tuntutan palsu melibatkan perbuatan berikut:
A. Mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu dengan niat memperdayakan pejabatnya.
B.Mengemukakan tuntutan buat kerja kepada jabatan kerajaan mengikut jumlah perbelanjaan sebenar yang terlibat.
C. Mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu dengan niat memperdayakan rakan kontraktor yang lain.
94. Sebagai seorang kontraktor anda ingin mendapatkan projek daripada sesebuah jabatan dan tetapi anda diminta untuk memberikannya komisen kepada seorang penjawat awam bagi mendapatkan projek berikut.Apakah tindakan anda?
A. Memberikan komisen kepada beliau secara tunai ataupun pindaan wang melalui akaun.
B. Tidak memberikan komisen berikut dan bertindak melaporkannya kepada SPRM.
C. Tidak memberikan komisen tersebut tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan lanjutan.
D. Majlis Peguam Negara.
95. Berikut adalah bentuk rasuah kecuali:
A. Wang
B.Jawatan D
C. Kertas
96. Kesalahan rasuah mengikut Akta SPRM 2009 kecuali:
A. Menawarkan dan memberikan rasuah.
B.Membuat tuntutan palsu.
C. Menyamar sebagai seorang pegawai SPRM.
97. Antara perlindungan yang diperuntukan di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009 ialah:
A. Membuat perubahan fizikal kepada saksi secara pembedahan komestik.
B. Mewujudkan identiti baru dengan diberikan kad pengenalan baru.
C. Pemberian insentif khas sebagai balasan kerjasama yang diberikan.
98. Sebagai seorang pemberi maklumat yang membongkarkan perbuatan rasuah anda hendaklah:
A. Merahsiakan identiti anda dan maklumat yang anda berikan.
B.Mendedahkan dan berkongsi maklumat yang anda berikan di laman media sosial di Facebook.
C. Memberikan dan menyalurkan maklumat kes rasuah kepada pemimpin setempat.
99. Sebagai kontraktor anda mendapati kerja-kerja pembaikan yang dilaksanakan pekerja-pekerja anda tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.Tindakan anda ialah:
A. Melakukan pembaikan dan apa-apa tindakan yang perlu sebelum tuntutan bayaran dikemukakan supaya kerja-kerja itu dilaksanakan mengikut spesifikasi.
B.Mengemukakan tuntutan bayaran kerja dan kemudian baru membuat pembaikan.
C. Mengemukakan tuntutan tanpa membuat pembaikan.
100. Bagi memudahkan orang awam melaporkan kes rasuah SPRM telah membangunkan aplikasi khusus untuk dimuat turun dan dipasang di dalam telefon pintar masing-masing yang dikenali sebagai:
A. MACC2u
B.MACCWhistleblower
C. MACC Mobile
